Wednesday, April 11, 2012

Wednesday, 11 April 2012

Tika angin bertiup menandakan hujan kan membasahi bumi buat kesekian kalinya. Tika air di sungai mengalir dengan derasnya, karana hujan lebat siang tadi. Tika aku di atas sejadah, menyelesaikan kewajipanku buat hari ini. Perasaan itu, persoalan itu, kebingungan itu kembali menyusup ke jiwaku. Adakah aku begitu lemah? Atau terlalu ego? Adakah kerana aku merasakan ia terlalu singkat dari yang sebelumnya? Atau aku sendiri yang tidak berani mengharap?

Ketika di konti radio, sedang berbicara sambil menyelesaikan tugasan masing-masing, perbualan kami tertumpu pada satu persoalan yang memang ternyata kian kerap berada difikiranku, dan juga semestinya di pemikiran ramai anak gadis yang telah tiba waktu kembangnya. Iyaa.. persoalan tentang masa depan, keinginan berumahtangga, dan calon-calonnya. Hehe.. memang aku akui persoalan ini sering berkunjung diruang legar pemikiranku akhir-akhir ini. Mungkin waktuku telah tiba. Mungkin ini petunjukNya. Mungkin juga kekosongan diri ini sudah memerlukan pengisinya. Sahabatku bertanya, apa yang aku akan lakukan jika aku menerima perkhabaran bahawa ada hamba Allah yang telah berkunjung dan ingin meminangku? Bagaimana riaksiku? Adakah aku akan menerimanya?

Semestinya, diriku memang sukar untuk menumpukan perhatian dalam isu-isu yang berat. Mungkin sekali kerana tika itu, aku perutku sedang mendendangkan keroncong mengkhabarkan ia perlu diisi. Mungkin juga kerana pemikiranku tika itu diganggu akan deretan tugasan yang perlu kusiapkan dalam 24 jam akan datang. Mungkin juga aku cuba untuk mengelak, kerana aku juga belum pasti apa yang mungkin ku lakukan. Yang pasti, jawapan pertamaku, akan ku bertanya pada emak, “batu besar mana yang hentak kepala dia sampai dia bisa membuat keputusan untuk meminangku?”. Berseloroh. Ya, itulah jawapanku. Diikuti dengan, “mungkin dia silap rumah kot..” tambah lagi aku.

Sukarkah untuk aku percaya bahawa mungkin ada hamba Allah yang selama ini memerhatiku(erk!), dan ingin menyuntingku untuk dijadikan teman dunia dan akhirat? Mungkin juga. Aku kenal diriku ini. Sifatku memang tiada kelembutan. Tiada sifat kewanitaan pada diriku. Aku kasar. Kata-kataku tidak teratur, sepertimana teman-temanku yang lebih lemah lembut. Lihat saja jawapanku tadi. Berseloroh tika menjawab pertanyaan yang penting. Aku terima hakikat bahawa aku bukanlah seorang yang mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang ramai lelaki dambakan dalam memilih pasangan hidup. Aku ini, kalau dibandingkan, serba kekurangan. Aku lebih selasa berseluar, bersepatu sport dengan t-shirt, dan suka aktiviti lasak dan mencabar. Memang aku tahu ada ramai wanita diluar sana sepertiku, tapi aku juga kurang dari segi rupa dan pendandanan. Aku lebih selesa tampil dengan imejku yang ala-ala tomboy, berdikari, dan selalu sendiri. Cara yang terbaik untuk mengelakkan diri disunting, bukan? =P

Siapa hamba Allah yang biasa, yang punya hati dan perasaan, tidak ingin punya pasangan untuk dikongsi hidupnya. Untuk menjadi teman bicara, setia bersama hingga ke akhir hayat, dan dengan Rahmat dan IzinNya, juga diakhirat kelak. Aku juga punya perasaan begitu. Aku juga pengen bercanda dengan selesa. Menumpang manja. Berceritakan perkara-perkara yang berlaku dalam harianku. Selama ini sememangnya aku berkongsi bersama-sama teman di kamar dan juga teman-teman yang akrab. Tapi, jika peneman yang dikatakan jodoh, pasangan hidup, suami itu, pasti punya kelebihan yang jauh lebih tinggi berbanding teman-teman yang lain. Dan sememangnya itulah dia yang dinamakan cinta. Kasih sayang, keupayaan untuk bergantung harap, serta teman setia yang Allah jadikan halal buat kita kaum wanita.

Selama ini aku memang konservatif dalam berteman. Memang aku punya ramai teman lelaki, dan adakalanya aku lebih selesa bersama mereka berbanding dengan teman wanitaku kerana persamaan dan pemahaman yang seiring. Walaupun begitu, cuma sebilangan kecil sahaja yang tahu akan kedudukan rumahku, kerana jarang sekali aku membawa teman lelaki pulang ke rumah. Bagiku, biarlah mereka menjadi teman di luar, kerana hubungan kami memang hanya begitu, malah andai kata mereka mempunyai masalah dengan pacar mereka, aku bisa menjadi pendengar setia. Dan buat pasangan mereka, tidak perlulah berasa tergugat kerana aku sememangnya tidak mahu melukakan hati kaum yang sama denganku. Aku berteman dengan mereka kerana keselesaan, keserasian, dan ilmu yang dapat kami berkongsi bersama.

Buat sahabatku yang bertanyakan soalan itu tadi, aku telah rungkaikan kenapa jawapanku lebih kearah berseloroh dari menjawabnya dengan serius. Aku tidak berani berharap dan percaya, dalam sifatku yang kasar dan ligat ini, ada hati yang bisa menerima. Mungkin aku yang paranoia. Andai kata situasi tersebut berlaku kepadaku, mungkin itulah reaksi pertamaku.

Tapi, kalau didalami, sendiri aku terangkan bahawa, jika hamba Allah itu adalah jodohku, biarlah dia dahulunya menjadi temanku. Kerana aku lebih menonjolkan sifatku kepada teman-temanku dari seorang yang mungkin dijodohkan buatku, kerana keinginan menjaga nama baik keluarga. Andai kata dia itu teman waktu kecilku, aku akan berterus terang akan perubahan yang telah aku lalui, dan aku bukanlah seperti diriku yang dahulu. Andai kata dia adalah kenalan dari hubungan keluarga, mungkin aku berhati-hati, kerana hubungan akrab ini tidak mahu aku cemari. Maka, jika dia ingin menerimaku, alasanya masih sama. Aku memerlukan dia masa untuk mengenali diriku yang sebenar, bukan sandiwaraku yang sok suci kerna diperhatikan. Pokoknya, aku tidak mahu dia menerimaku kerana dia berharap sesuatu dariku yang tidak dapat ku beri. Aku tidak bisa menerimanya, andai kata dia itu mempunyai satu persepsi yang palsu tentangku. Aku yang lantang bersuara, pantang dicabar, tidak suka dibiarkan menunggu tanpa sebab ini memang sukar untuk meluahkan perasaanku kepada seseorang yang baru ku kenal. Andai lah kata dia itu seorang yang bisa membaca peribadiku dengan jitu, berilah aku sedikit masa untuk menyesuaikan diriku. Bukan aku ini tidak bisa dibentuk, tetapi biarlah mengenali dan menerima keburukan diriku, kerana kebaikan padaku hanya akan terungkai setelah lama mengenaliku.

Secara peribadi, aku memerlukan seorang pemimpin, yang dapat membimbingku kearah keRedhaanNya. Yang dapat menegur kesalahanku. Yang dapat mencintai dan menyayangiku kerana dia mencintai Penciptanya. Dia yang berada dihatiku, menjadi pembelaku, yang menuntunku kearah kebenaranNya. Bersama berjihad kearah menghidupkan usratul sakinah, menyahut hadith Rasul s.a.w dengan mendidik dan membangunkan ummah. Seorang yang tegas dan penyayang, berani menegakkan kebenaran. Seorang yang, tidak segan silu untuk bertanya dan menimba ilmu, dan berkongsi dengan seisi keluarga, dalam misi kami membina keluarga bahagia dan bertaqwa.

Maka, andai kata memang dialah jodoh buatku, aku terima dia dengan sebulat hati. Tiada celanya, kerana selama ini memang aku telah khususkan cintaku buatnya. Dan aku pohon, andai hati ini mungkin telah tersangkut pada yang lain sebelum munculnya dirimu dalam hidupku, berilah aku sedikit masa untuk mengenali dan mencintaimu. Kerana aku percaya, Allah tidak akan mensia-siakan permintaanku. Aku tahu, apa yang ditentukan olehNya itulah yang terbaik buatku. Wallahu’alam…

(*Hamboih! Ayat.... xleh blah. Tu la, dah lapaq, maleh nak makan. Pastu bedal makan coklat ngan beskot... Dah tu lak, layan lagu keroncong memalam kaaaannn... Haaa.. nilah hasil dia. ENJOY!)

Monday, February 13, 2012

Kini aku lebih mengerti perancanganNya...

Arini room mate aku cerita lagi pasal dia ngan balak dia. Aku tak kesah. Dah memang selalu aku tempat dia bercerita. Untung2, dapat gak gambaran camna idop ber'couple' nie. Yelaaa.. Aku nie kan mana penah berpasangan yang dalam terma 'exclusive' nie. Dah 27 tahun lebih idop, tak pernah la lagi leh aku nak ngaku mamat nie atau si polan tue 'balak' (nama manja dia, boipren) aku. Rupanya, banyak betul rintangan dok ada boipren nie kan?.. Bergaduh lah, merajuk lah. Bila baik tue, leh plak bermanja. Aku sebenarnya tak brapa paham motif utama ber'boipren' nie. Bagi aku, macam agak membuang masa dan tenaga dok sakit hati, cemburu, pikiaq pasal orang lain, yang belum konfem hak kita. So, why go through all that trouble? Tak dinafikan, aku pon kengkadang nak gak merasa. Yelaa.. Nak merasa ada orang amek berat pasal kita. Tanya pasal kita. Nak dengar cerita kita. Kalau bergaduh dengan bestfriend, nak pi cerita kat balak kita. Kira tempat nak luahkan isi hati laa.. Tapi, since aku tak pernah ada orang yang glamernya dipanggil 'balak' kat sisi aku, kat sapa aku dok bercerita selama ni? Kat parents, of course la tak coz kalau cerita, either diorang tak faham, atau diorang kata suma tu perkara remeh ja.. Dan sememangnya aku tak nak pon bebankan diorang dengan perkara2 macam nie. Yang penting, aku jalankan amanah aku, tanggungjawab aku sebagai anak dan pelajar universiti, untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan bantu mereka bila dah bekerja nanti untuk meringankan beban mereka. Walaupon tak termampu untuk aku balas semua jasa mereka, tapi sekurang-kurangnya aku telah membuat segala keringat mereka tidak jatuh dengan sia-sia.

Berbalik pada kepada siapa aku bercerita.. Aku tersedar hal nie lepas menunaikan solat Isyak.

DIA. Yang Maha Berkuasa. Yang Maha Mendengar. Yang Maha Memahami. Yang Maha Mengetahui. Aku sedar, selama ketika ini, tiap-tiap kali aku kecewa, aku terluka, aku berduka, aku akan bersujud dan mengadu pada DIA. Terutama sejak kebelakangan nie, dengan macam2 cobaan yang aku lalui, lagi banyak aku menghabiskan masa aku dengan DIA. Dan bila aku mendapat khabar yang gembira, pon aku dah selesa nak bercerita dengan DIA. Bila aku runsing, aku mintak pertolongan DIA. Aku pernah tanya, kenapa aku tak macam yang lain. Ada keinginan untuk berpasangan, ada tempat mengadu. Setelah salam terakhirku tadi, aku sedar. DIA melindungi aku. Melindungi aku dari terasa perlu bergantung harap pada seorang hamba, sedangkan aku boleh bergantung harap dengan Yang Mencipta, Pemilik segalanya. Dan semua ini bukan dengan sengaja, tetapi kerana DIA sayangkan aku. DIA memenuhi permintaan aku, iaitu untuk sentiasa dilindungi, kerana DIA tahu aku memang takut akan kekecewaan. DIA Yang Maha Mengetahui.. Sang Pencinta Agung. Alhamdulillah, kini aku lebih mengerti perancanganNya...

Monday, January 23, 2012

Sesi kaunselingku...

Aku jarang sekali buat post.. And lagi jarang dalam BM... Tapi tgk lah, kali nie leh btahan sampai mana.. hehe..

The other day, tgh dok FB chat dengan seorang teman baik, nie kira sesi meluahkan perasaan la gak, coz lama dah terpendam n tak tau nak bgtau sapa.. Lately (masa tu laa) aku asyik dok menangis je.. tak tau kenapa, tapi bila ujung solat, aku menangis.. Hopefully suma tuh tangisan sesalan la.. tapi, maybe there was something more.. nak kata pasal sakit hati, kecewa, rasanya masa tuh dah lama aku lupakan.. Sejak peristiwa Allah memakbulkan satu permintaan aku, iaitu untuk menjadi makmum seseorang.. Sapa, xyah tau la kan.. tp yang pasti lepas tuh aku sering tersenyum... Tapi dalam senyuman tuh, ada gak aku berbalik pada rasa sedih... Insaf la kot.. ntah, xleh nak komen.. yang tau, nangis sampai ramai yang concern.. tapi mmg aku dah xde pape dah masa tuh.. cuma meluahkan rasa pada Dia Yang Maha Esa je...

jarang sekali aku ambil peluang setiap kali lepas solat.. tapi bermula saat itu, aku lebih menghargai waktu solatku.. kalo bleh.. lama lagi pon xpe. Tp tanggungjawab pada hal2 dunia pon mesti jugak dilaksanakan.. kan? =)

Ok, berbalik pada 'perbualan' kami, aku pon luahkan laa apa yang berlaku, coz masa tuh pon baru je abes nangis.. dlm conversation tuh, kawan aku pon bertanya, "So, what keeps you going on then?"... bermaksud.. "Apa yang membolehkan aku meneruskannya?".. tros aku jawab "ALLAH" tanpa berfikir panjang.. lepas jawab tuh baru aku tersedar..

Memang.. Memang Dialah yang membolehkan aku meneruskan perjuangan aku nie... tiap kali badai menimpa.. tiap kali halangan mendatang.. aku terus berperang, kerana aku percaya, Dia tetap bersamaku.. Dalam jaga ku.. Dalam tidur ku... kadang2 kita tak sedar... Yang Dia sentiasa bersama kita.. membimbing tanpa kita sedar...

Lagi satu cerita nak kongsi.. masa sesi meluahkan perasaan jugak..

Orang before exam, baca notes cam nak rak.. tapi aku ngan kawan sorang lagi nih, p menyembang kat tepi toilet laki.. hehe.. ala kat belakang tuh, sebelah konti IIUM FM.. anyway.. dok sembang nih, keluarla pasal jodoh. n dia pon mention, nape tak aku suh mak bapak aku je carikan, dah kalo rasa nak kawen dah...

aaku pon terpikir... memang penah gak terpikir nak suh mak ngan bapak carik kan... dekat kawan aku td, aku bg alasan, takut nnt orang tuh takleh nak terima perangai aku.. ye laaa.. aku tau la aku nie macam mana.. tak suma pasal aku parents aku tau pon.. so macam mana?

Lately hati ni tergerak lagi.. banyak kali gak dalam tahun lepas.. ape kes??? tapi kali ni aku tetap dengan doaku.. setiap kali jadi macam ni, aku memohon pada Dia untuk memberiku petunjuk dan hidayahNya.. jalan yang terbaik buatku.. Kalau benar apa yang ku rasakan ini adalah jodohku, maka biarlah kami bersatu dibawah RahmatMu, RedhaMu dan restu kedua ibu bapa kami.. dan jika ini hanyalah mainan perasaan semata-mata, lindungilah hati kami agar kami tidak melakukan sesuatu yang melanggar syariatMu... Amin...

So, kalo bab jodoh, InsyaAllah.. aku akan sabar menanti detik dan ketika dimana kami bersatu kerana itulah janjiNya.. Ya Allah.. berilah aku kekuatan untuk terus bersabar... Sementara tuh, adalah kewajipanku untuk mempersiapkan diri demi menerima tanggungjawab seterusnya...Ya Allah, bantu lah hambaMu ini.. Amin...

Tuesday, January 10, 2012

???

I think I have shocked and stunned a few people lately. Just goes to show, what you see is just merely the tip of the iceberg. The evil lurking beneath sometimes pops up to say hello, and it is not easy to contain everything below the surface. Sometimes it is tiring, and doing it alone makes it hard. But I am grateful to those around me who have been my by my side through the struggle. I realise the battle is never done, and the fight continues within me to be ....