Sunday, May 1, 2011

Allahu Rabbi...

Alhamdulillah... Syukur kepada Illahi, kerana Dia masih menguji aku dalam ketika aku sedang leka dibuai keenakkan dunia. Aku bersyukur, kerana aku masih belum dilupakan, masih belum diabaikan, masih belum dibiarkan dalam kelekaan dunia.

Sememangnya aku, sebagai hamba sahayaNya, tidak lari dari bisikkan. Bisikkan yang membawa diri ke lurah kealpaan. Dunia ini penuh dengan pancaroba, tipu daya, dan aku sering kali terjerumus ke dalam lurah ini.

Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana dalam kealpaan aku ini, Engkau masih memberi peringatan kepadaku. Masih memberi petunjuk kepadaku, untuk kembali kepadaMu.

Maha Suci Engkau, Ya Ar-Rahman, Ya Ar-Rahim...
Masih jauh lagi perjalananku dalam mencari keredhaanMu.
Masih lemah hati ini menghadapi dugaan duniaMu.
Masih sedikit di hati ini membesarkan namaMu.
Masih kurang diri ini mengingatiMu.

Ya Rabb, Ku pohon kepadaMu...
Ya Al-Khabir, bimbinglah aku yang sering tersasar.
Ya As-Sabru, berikanlah aku kesabaran menghadapi dugaanMu.
Ya An-Nur, tetapkanlah diriku dalam hidayahMu.
Ya Al-Ghafur, ampunkanlah segala khilafku.

Ya Ar-Rasyid, Ya Al-Hadi...
Sesungguhnya, Engkaulah pemberi petunjuk.

Amin

No comments:

Post a Comment